5hbln lalu...........


Tanggal 5/6/09 lalu,selepas solat maghrib....kring2!! tepon aku berbunyik,spupu aku kol
mase tuu br jek nk bace yasin pas magrib..aleh2,spupu aku kol bgtau nenek aku daa xdew daa kt dunie niii.....gelap skejab mate aku,terkejut gilerr dgr brite nie
ptutlew dri pagi smpai ptg...hati aku sedey jek,rase sebak jek..rupe2 nyew,hr tuu nenek aku da nk pergi...huhuhuhuhu,sedey giler sbb lame giler aku xblk kmpng

mlm tuu gak trus blk....vroomm!!!,pecut habis2 kete...bawak smpai 150..(hehehe,nasib baek bkn kete aku,kete test drive ape ag..aku lanyak arrr kete tu abes2..dpt kete test drive kan..huhuhuh)

almak aii..mls arr nk tls,aku kasik short arr,xde mood nk tls..

lpas jer siap kapan ,tanam n think!!..mase pak imam bce talkin..berderau bulu rome aku...tkt nyew mati nie..cmne laa seksok aku mati,ntah bile laa ekk aku mati,wallahualam. Al-fatihah kpd arwah nenek aku.....

kt cinie mls nk tls panjng2..cume nk ajak2 laa sape yg TERBACE blog nie,hrp2 jgn laa lalai kt dunie nie...igt2 laa mati tuu ehh..urm,cube fikir2 laa sesaper kt luar sane tuu n aku pon..bgus gak ISLAM nie, satu agama yg cukup sempurna memberitau pade org yg msih idop nie bahwa mati itu benar siap bocor soklan ag tuu..soklan yg kene jwb seksok lam kubo..tgk daa bgus ISLAM nie, tp ntah nape laa org xmo ikot ehh..urm,Think!!

nie aku godek2 lam tenet..dpt gak talkin yg same sbijik yg aku dgr mase pngebumian arwah nenek aku,aku share kt sape yg nk bace laa...think!!


Bismillah hir rah man nir rahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadrat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat..."
3 Responses
  1. Hakim Says:

    takziah untuk mu dauh..


  2. kasutpelangi Says:

    takziah untuk anda..
    ~~Al-Fatihah~~


  3. Anonymous Says:

    takziah untuk anda..
    ~~Al-Fatihah~~